Sunday, December 12, 2010

~me,myself,hidayah~

aku.....
skng ni dh laen dh..ak dh xmcm dlu lg dah...sejak ape jd kat aku hritu aku dh xmcm dlu..ak makin cerewet tambah2 lak ngn skit blkg aku neh....
pasal lelaki ak dh jd hidayah yg laen..ak terlalu fobia dan takut sgt2...aku xberani nk benarkn sesiapa pun masuk dalam hati aku..hati aku hanya untuk aku....
aku xkan terima mana2 manusia yg spesisnyer nme lelaki...........
kawan2 ku mara jgk dorg suruh aku cuba tp ak xleh...ntah la npe nth susah sgt ntah...aku dh cuba sorg laki masuk dlm hati aku tp bru smp kt pntu die xdpt msuk pn mybe sbb die bkn pemilik kuncinya...hehe
so biarkn je die kt luar...lama2 die akn pergi sebab die mungkin akan ade plihan laen...

aku salahkan seseorang atas ape yg jadi kat aku.....so biarlah aku mcm nie..smpai msenyer nnt akan datang juga insan yg pgang kunci hati ku nie....buat sementara ni biarlah aku sorg je dlm hati aku nie..ak selesa berseorangan dlm nie....aku dah mencuba tp xammpu..aku xsuka perubahan yg berlaku lps aku jadi gf org...aku xske dikongkong..aku benci nk bermanja2..ni bukan aku lagi sume salah die...die hilangkn cinta aku.....

Tuesday, November 16, 2010

luahan hati.....

bukan aku xnak time cuma ak takut terluke....bukan aku bngga tp aku takut kecewa...sbb hnya aku kenal siapa dri aku..aku xnk maen2 cinta dan kecewa..sbb cinta bkn untuk dipermaenkan..sekali kita jtuh cinta kita akan takut tersungkur...biarlah aku simpan cinta aku untuk org yg betul layak dan ikhlas terima cinta aku kerana ALLAH..

Friday, October 29, 2010

~ ketenangan ~

ada sorg kawan yg suggest kat aku beli buku 'JANGAN BERSEDIH'....aku beli dan aku baca...banyak yang aku dapat..kekuatan,semangat,dan ketenangan....
tak aku nafikan walaupun aku dah terima hakikat aku dan dia tiada jodoh namun kadang-kadang dia datang dan muncul dalam ingatan aku....:(

namun bila aku mula teringat dia segala ketenangan aku akan diragut...dan hanya zikir allah dan doa sahaja yang dapat mengubati hati aku...
bayangkan lah kehidupan yang bergantung pada buku-buku semangat dan zikir Allah dan juga doa...Alhamdulillah kehidupan yang lebih baik untuk aku...

Aku mula menerima kehadiran dia dan perginya dia hanya untuk mengingatkan aku pada Allah....dulu aku mula lupa pada Allah dan datangnya dia membuatkan aku ingat pada Allah dan perginya dia membuatkan hadirnya cinta aku pada Allah....

bila aku sedih aku dengar zikir dan aku ikut berzikir...ketenangan itu datang semula dan buat ak terharu dan nak mengalirkan airmata aku kerana mengenangkan betapa besarnya kekuasaan Allah...hanya dengan zikir dan doa serta ingatan aku pada Allah mampu mengembalikan senyuman dan gelak tawa aku semula...

Hanya Allah saja yang layak kita tangisi dan hanya pada Dia tempat kita mengadu dan bukan pada hambanya kerana hanya dia saja yang mampu membantu kita dalam kesusahan...Allah itu sentiasa ada dengan kita....aku je yang mudah terlupa..dan Allah bagi aku peluang untuk ingat Dia semula..Alhamdulillah Wallahualam.......

aku bagi tips ape yanag selalu aku amalkan bila aku bersedih...aku zikir Hasbi Rabbi,Selawat,Al-Fatihah,Mengucap dua kalimah Syahadah dan ingat Allah..insyaAllah segalanya akan lesap...dan kau akan mampu tersenyum semula.....=)

Thursday, October 21, 2010

DOA UNTUK KEKASIH...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

suatu doa yang mampu membuat aku kuat menghadapi hidup yang makin kuat dugaannya......

Wednesday, October 20, 2010

~ Dugaan ~

Ya Allah sesungguhnya ape yang terjadi???
kenapa ini yang berlaku??
makin aku cuba jauh makin dkt dia padaku...

Aku sndiri xmngerti apa yg terjadi...
sekiranya ini takdirmu padaku Ya Allah
aku terima dgn redha dan aku berserah kerana aku yakin hanya Mu yang mampu mngubah segala-galanya......

sekiranya dia yang ditakdirkan untuk aku kau pulihkan lah segala-galanya
sekira tidak Ya Allah kau luputkan lah dia dari aku aku walaupn dilubuk hatiku yang paling dalam aku terlalu menyayangi dia......

~ Ingatan ~

Ya Allah ak teringatkan dia.....
sememangnya adakah aku mampu melupakan dia Ya Allah?
sekiranya die bukan jodohku Ya Allah....
Kau luputkanlah die dari ingatanku sebagaimana kau luputkan dia dari pandanganku Ya Allah..
Kau bawalah dia pergi dari ingatanku sebagaimana kau bawa dia pergi dariku...
Jauhkanlah aku sebagaimana Kau jauhkan dia dariku Ya Allah.....

Aku rela Ya Allah bawa diriku pergi jauh dari dia....
Aku tak sekuat yang disangka....
kau pulihkan la semula hatiku seperti dulu semula Ya Allah....
masih ada lagikah kebahagiaan untuk aku Ya Allah...
jika ada kau temukanlah aku dengan kebahagiaanku supaya hatiku kembali pulih dan jauhkan lah aku dari kekecewaan................

Aku rindukan dia Ya Allah walaupun aku tahu dia tidak ringukan aku sebagaimana aku merindui dirinya....
hari ini Hari lahirku Ya Allah namun aku dapat merasakan kekurangan dan kekecewaan....
hanya airmata yang menemani aku Ya Allah.....
bantulah hambamu yang hina ini Ya Allah......

Saturday, October 16, 2010

~Cinta~

Ya Allah kuatkan la semangat aku....
kenapa lah  tiada seorang pn lelaki yang engkau temukan padaku menerima keikhlasan aku..
yang hanya dipandang adalah kecantikan luaran semata2...
kau jauhkan lah aku dari kekecewaan Ya Allah...

Engkau temukan lah aku dengan jodoh yang beriman,mampu menjagaku dan membimbing ku ke jalan Mu Ya Allah....