Friday, October 29, 2010

~ ketenangan ~

ada sorg kawan yg suggest kat aku beli buku 'JANGAN BERSEDIH'....aku beli dan aku baca...banyak yang aku dapat..kekuatan,semangat,dan ketenangan....
tak aku nafikan walaupun aku dah terima hakikat aku dan dia tiada jodoh namun kadang-kadang dia datang dan muncul dalam ingatan aku....:(

namun bila aku mula teringat dia segala ketenangan aku akan diragut...dan hanya zikir allah dan doa sahaja yang dapat mengubati hati aku...
bayangkan lah kehidupan yang bergantung pada buku-buku semangat dan zikir Allah dan juga doa...Alhamdulillah kehidupan yang lebih baik untuk aku...

Aku mula menerima kehadiran dia dan perginya dia hanya untuk mengingatkan aku pada Allah....dulu aku mula lupa pada Allah dan datangnya dia membuatkan aku ingat pada Allah dan perginya dia membuatkan hadirnya cinta aku pada Allah....

bila aku sedih aku dengar zikir dan aku ikut berzikir...ketenangan itu datang semula dan buat ak terharu dan nak mengalirkan airmata aku kerana mengenangkan betapa besarnya kekuasaan Allah...hanya dengan zikir dan doa serta ingatan aku pada Allah mampu mengembalikan senyuman dan gelak tawa aku semula...

Hanya Allah saja yang layak kita tangisi dan hanya pada Dia tempat kita mengadu dan bukan pada hambanya kerana hanya dia saja yang mampu membantu kita dalam kesusahan...Allah itu sentiasa ada dengan kita....aku je yang mudah terlupa..dan Allah bagi aku peluang untuk ingat Dia semula..Alhamdulillah Wallahualam.......

aku bagi tips ape yanag selalu aku amalkan bila aku bersedih...aku zikir Hasbi Rabbi,Selawat,Al-Fatihah,Mengucap dua kalimah Syahadah dan ingat Allah..insyaAllah segalanya akan lesap...dan kau akan mampu tersenyum semula.....=)

Thursday, October 21, 2010

DOA UNTUK KEKASIH...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

suatu doa yang mampu membuat aku kuat menghadapi hidup yang makin kuat dugaannya......

Wednesday, October 20, 2010

~ Dugaan ~

Ya Allah sesungguhnya ape yang terjadi???
kenapa ini yang berlaku??
makin aku cuba jauh makin dkt dia padaku...

Aku sndiri xmngerti apa yg terjadi...
sekiranya ini takdirmu padaku Ya Allah
aku terima dgn redha dan aku berserah kerana aku yakin hanya Mu yang mampu mngubah segala-galanya......

sekiranya dia yang ditakdirkan untuk aku kau pulihkan lah segala-galanya
sekira tidak Ya Allah kau luputkan lah dia dari aku aku walaupn dilubuk hatiku yang paling dalam aku terlalu menyayangi dia......

~ Ingatan ~

Ya Allah ak teringatkan dia.....
sememangnya adakah aku mampu melupakan dia Ya Allah?
sekiranya die bukan jodohku Ya Allah....
Kau luputkanlah die dari ingatanku sebagaimana kau luputkan dia dari pandanganku Ya Allah..
Kau bawalah dia pergi dari ingatanku sebagaimana kau bawa dia pergi dariku...
Jauhkanlah aku sebagaimana Kau jauhkan dia dariku Ya Allah.....

Aku rela Ya Allah bawa diriku pergi jauh dari dia....
Aku tak sekuat yang disangka....
kau pulihkan la semula hatiku seperti dulu semula Ya Allah....
masih ada lagikah kebahagiaan untuk aku Ya Allah...
jika ada kau temukanlah aku dengan kebahagiaanku supaya hatiku kembali pulih dan jauhkan lah aku dari kekecewaan................

Aku rindukan dia Ya Allah walaupun aku tahu dia tidak ringukan aku sebagaimana aku merindui dirinya....
hari ini Hari lahirku Ya Allah namun aku dapat merasakan kekurangan dan kekecewaan....
hanya airmata yang menemani aku Ya Allah.....
bantulah hambamu yang hina ini Ya Allah......

Saturday, October 16, 2010

~Cinta~

Ya Allah kuatkan la semangat aku....
kenapa lah  tiada seorang pn lelaki yang engkau temukan padaku menerima keikhlasan aku..
yang hanya dipandang adalah kecantikan luaran semata2...
kau jauhkan lah aku dari kekecewaan Ya Allah...

Engkau temukan lah aku dengan jodoh yang beriman,mampu menjagaku dan membimbing ku ke jalan Mu Ya Allah....

Thursday, October 14, 2010

~ Cinta ~

kenapa???
aku mendapat satu kata-kata yang buat aku rasa tenang..namun dalam ketenangan tu juga tersimpan satu kekeliruan yang ak sendiri tidak tahu..

jodoh itu terbahagi kepada 3..
1) jodoh yang datangnya dari syaitan
satu pasangan yang bertemu dan bercinta..berpegangan tangan dan akhirnya melakukan maksiat sehingga pasangannya mengandung dan akhirnya mereka berkahwin..

2) jodoh dari jin
satu pasangan yang bertemu dan si lelaki jatuh cinta kepada si perempuan namun si perempuan tidak mencintai lalu si lelaki mengenakan ilmu sihir untuk membuatkan mereka jatuh cinta dan akhirnya mereka bernikah...

3)jodoh dari Allah S.W.T
satu pasangan yang bertentangan mata dan terus menusuk ke kalbu dan si lelaki terus meminang si perempuan dan si perempuan menerima dan ini dinamakan syurga cinta..insyallah akan berkekalan hingga akhir hayat...

kenyataan ini agak melegakan namun ak yakin bahawa die adalah jdoh yang datang dari Allah namun kenapa ini yang terjadi???

Adakah aku yang bersalah???

Aku masih kuat merasakan hanya dia namun ak masih tidak pasti kenapa ini yang berlaku kepada kami......

Ya Allah aku bermohon supaya rasa cinta yang dirasai ini kekal untuk selamanya sebagaimana cinta aku padamu Ya Allah...

aku berdoa agarmu ya Allah bantu memulihkan semula walaupun ak terpaksa menunggu...dan ak akan menutup pintu hatiku untuk mana2 lelaki sehingga la jodoh ku tiba dan membuka semula hati ini..................
Ya Allah kau jauhkan aku dari kekecewaan............
Amin ya rabbal alamin

Sunday, October 10, 2010

rasa hati.....

hati....
susah aku nak gambarkan..
hanya aku dan Allah yang tahu rasa hati aku,apa derita yang aku lalui...
semua marah kan aku bila aku memikirkan dia..tapi bukan aku yang pinta..
aku redha takdir Allah pada aku...
tapi di sudut yang paling dalam hati aku cukup buat aku keliru...
rasa ini kuat sangat..sesuatu yang tidak akan ada seorang pun yang faham melainkan Allah...
aku tidak tahu ape yang Allah rancangkan untuk aku namun aku hairan kenapa rasa ini terlalu kuat????

apa yang akan jadi pada aku???
kenapa aku xmampu nak buang???
makin aku buang makin kuat rasa ini....
aku dah xpercaya kata hati aku namun kenapa hati aku mempermainkan aku macam ini?????
sekiranya sudah tertulis dia bukan untuk aku..hapuskanlah dia dari ingatan ku Ya Allah....
sekiranya dia bukan jodoh yang telah Allah tetapkan untuk aku kenapa ini yang aku rasa????
akan aku buang dia dari ingatan aku namun jauh dilubuk hati aku...terpahat sesuatu yang tidak aku fahami....

Apa yang berlaku cukup membuatkan hati aku trauma dan fobia dengan lelaki..
aku jadi takut dan aku tutup pintu hati aku untuk seorang insan yang bernama lelaki...
namun kenapa bukan untuk dia Ya Allah???????
aku jadi lemah..aku hanya mampu meminta pertoongan dari Allah..kerana dalam keadaan aku sekarang hanya Allah yang dapat membantu dan memastikan segalanya lancar.....
aku hanya hambanya yang harus patuh...aku redha pemergian dia dari hidup aku...
Aku harap Allah akan bantu aku mewujudkan semula senyuman aku yang hilang bersama cinta dia...

Tuesday, October 5, 2010

Doa aku....

Ya Allah Ya Tuhanku...
Sesungguhnya hanya Engkau Maha Pendengar segala doa hamba-hambamu...
segala yang Engkau takdirkan untuk aku ak akna akur ya Allah..
kerana sesungguhnya aku mencintaimu Ya Allah...
sekiranya masih wujud lagi cinta padaku selain cinta aku padaMu Ya Allah
janganlah Kau turunkan kesakitan bersama-sama cinta itu Ya Allah...
aku memohon padamu Ya Allah agar kau tutupkanlah pintu hatiku sehingga muncul seorang insan benar-benar bernama cinta...
Biarlah cinta aku semai sekarang hanya cinta untukmu Ya Allah....

Segala ujian dan dugaan yang Engkau berikan sememangnya mengajar aku erti kedewasaan...dan aku tahu Engkau mahu aku mendekatkan diri ku padaMu Ya Allah....

kau peliharalah ibu dan bapa ku dari sebarang musibah dan Kau ampunilah segala dosa aku dan ibu bapaku Ya Allah......
Sesungguhnya kami hanya hambamu yang hina dan mengharap perlindungan darimu.....

Monday, October 4, 2010

semangat dari sahabat.....

"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).

*cinta itu adakalanya indah dan adakalanya sakit sbb cinta itu juga kehidupan..

*kita xkuat sbb ALLAH suruh kita cari kekuatan.
yg pertama letakkan kepercayaan yg penuh pd ALLAH.
letakkan apa pun yg berlaku adalah yg terbaik utk kita....

*"jika doamu dimakbulkan tanda Allah menyayangimu..Jika lambat dimakbulkan tanda Allah mengujimu..dan jika doamu tidak dimakbulkan Allah merancang yang terbaik buatmu"

cinta yang menyakitkan....

npe ak rse aku susah nak percaya pada cinta dan lelaki lagi yer???
ak rse cinta tu hanya mnyakitkan saja...ak ditakdirkan jatuh cinta dan cinta tu jgak la yang membunuh jiwa dan hati aku.....
aku berharap sekiranya ape yang berlaku pada aku ini ade hikmahnya maka aku berdoa supaya Allah segera la tunjuk kan aku hikmahnya supaya senyum kembali semula pada bibir aku...skng hanya airmata yang muncul...senyuman dan ketawa aku mati bersama hati dan cinta aku.....airmata sja yang menemani tidurku....bila aku tersedar hanya airmata yang mengalir dan aku hanya mampu berdoa pada Allah supaya munculkan semula sinar dan kebahagiaan dalam hidup aku......

dia bernama cinta....

ak sayangkan die sepenuh hati aku...kitorg dah bercadang dan dah bersedia untuk ke peringkat yang lebih kukuh dalam hubungan kami...

tapi ak xsangka ini yang berlaku..die terpaksa lupakan perancangan kitorang sebab aku xdapat restu family die...hati aku hancur luluh...berderai sampai xde ape lagi yang tinggal...dunia aku jadi kelam sangat...padahal aku dh siap segala persiapan pertunangan kami....baju tunang aku hanya akan jadi kenangan aku sampai bila2....

dia cintakan aku tapi die terpaksa ikut pilihan keluarga kerana xnak mak ayah die kecewa dan die nak mak ayah die bahagia ngn keputusan die...

aku xsangka ini yang terjadi...ak xdapat bayangkan hidup aku tanpa die..die yang ubah diri aku jadi apa aku kini...tapi ape yg jadi nie cukup mngugat keimanan aku sendiri....

ak buat keputusan untuk redha dgn kehendak ilahi namun aku tetap akan cintakan die sepanjang hayat aku...biarlah aku simpan cinta aku di tempat yang paling dalam sekali...

Ya Allah ya tuhanku..
Aku mohon perlindungan dariMu..
sesungguhnya aku hambamu yang hina dan hanya memohon pertolongan daru Ya Allah...
sesungguhnya Ya Allah aku masih lagi berharap dia tetap menjadi jodohku...
sekiranya die bukan milikku kau luputkan lah die dari ingatanku Ya Allah...
sekiranya die jodohku Kau bantu la kami perjuangkan cinta kami..
ak cintakan die seikhlas cinta aku padamu Ya Allah...

Aku akan bawa diri jauh dari sini..ak harap aku akan jumpa ketenangan bila aku berada di sana.......

hidup aku....

ak dh ade buat blog sebelum nie...tp nath la mngkin sbb blog sblm ni mengingat kan aku pada die jadi aku xsanggup nak bukak....

ak buat blog baru sbb ak nak mulakan sejarah hidup aku yang baru tanpa melibatkan mana2 insan bernama lelaki....

cukup la ape yg aku dh lalui.....ak xsanggup berdepan dengan mana2 lelaki lagi..

kekecewaan ak berganda..tidak akan ada sapa pun mampu ubatkan luka aku....aku redha ketentuan tuhan tapi aku sedih dengan mentaliti masyarakat kita....kerana mentaliti masyarakat aku hilang cinta aku....